KKM lapor 4,701 kes baharu Covid-19


Jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini 2,501,966 kes, lapor KKM. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 November, 2021.

ANGKA harian Covid-19 terus catat penurunan dengan 4,701 kes direkodkan setakat 12 tengah hari tadi berbanding 4,922 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini 2,501,966, katanya di Twitter.

Kementerian Kesihatan (KKM) akan memuat naik pecahan kes mengikut negeri dan maklumat terperinci lain di laman web CovidNow tengah malam ini.

“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 5 November untuk seluruh negara adalah 0.92,” tulisnya.

Sejak seminggu lalu Malaysia mencatat Rt 0.92 manakala kadar kemasukan ke hospital akibat Cocid-19 turun 6%, dengan kadar penggunaan katil sebanyak 65%. – 6 November, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen