SELANGOR terus mencatatkan jumlah jangkitan harian Covid-19 tertinggi dengan 1,344 kes dilaporkan semalam, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ia merupakan sebahagian besar daripada 1,674 kes harian semalam di Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.
Putrajaya melaporkan 55 kes dan Kuala Lumpur, 275.
Sabah merekodkan kes kedua terbanyak dengan 655, diikuti oleh Kelantan (484) dan Sarawak (527).
Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan kes baharu semalam ialah Johor (429), Kedah (355), Melaka (250), Negeri Sembilan (188), Pahang (310), Perak (210), Perlis (38), Pulau Pinang (340), Terengganu (234) dan Labuan (19).
Secara keseluruhan, 5,713 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 2.48 juta.
Terdapat 66,944 kes aktif Covid-19 di Malaysia setakat malam tadi.
Kes aktif meningkat di bawah 70,000 pada minggu lalu.
Daripada jumlah aktif, 555 pesakit berada dalam unit rawatan rapi (ICU), 280 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, 51,953 pesakit dikuarantin di rumah manakala 8,806 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah dan 5,630 dimasukkan ke hospital. – 5 November, 2021.
Komen