Perang parti Melayu di PRN Melaka


Chan Kok Leong

PRN Melaka yang akan diadakan pada 20 November ini akan menjadi perebutan kuasa dalam kalangan parti Melayu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 November, 2021.

WALAUPUN Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan Melaka hampir sama kerana kedua-dua Ketua Menteri Shafie Apdal dan Sulaiman Md Ali membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka selepas hilang sokongan majoriti, Melaka akan menjadi perjuangan yang sangat berbeza berbanding Sabah.

Dari segi kepentingan kepada landskap politik negara, PRN Melaka pada 20 November akan menjadi perebutan kuasa dalam kalangan parti Melayu dengan saingan utama adalah Umno dan Bersatu, serta sedikit sebanyak PAS.

Senario ini berlaku berikutan PRN Sabah pada September tahun lepas dan setahun politik bergelora apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan perdana menteri Muhyiddin Yassin bergelut berdepan darurat Covid-19 selain perlu menghalang percubaan Umno untuk menggulingkannya.

Di Sabah, pertempuran terbahagi antara memenangi undi Dayak dan Muslim di pantai barat serta pedalaman dan mendapat sokongan daripada Suluk pantai timur.

Sekutu PN dan Barisan Nasional (BN) hanya menang di barat dan pedalaman untuk memecahkan Warisan yang berpangkalan di pantai timur dan sekutunya Pakatan Harapan (PH). 

Bagaimanapun di Melaka, kedua-dua PN dan BN akan menyasarkan untuk memenangi 19 kerusi majoriti Melayu. Kemenangan ini penting bagi kedua-dua pihak kerana ia penunjuk prestasi mereka di kerusi persekutuan majoriti Melayu 100-110 di Semenanjung Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kemenangan di Melaka juga akan menjadi simbolik memenangi hati kaum Melayu, kerana walaupun negeri kedua terkecil itu tidak dianggap sebagai negeri “Melayu” (berbanding dengan Kedah, Kelantan dan Terengganu), namun ia adalah asas sistem beraja Melayu. Dari Melaka asal usul kerajaan Johor, Perak, Selangor dan Pahang.

Senario Sabah

Dalam PRN Sabah pada September tahun lepas, Bersatu dan Umno berhasrat untuk merampas negeri itu daripada Warisan Sabah.

BN pimpinan Umno diberi 40 daripada 79 kerusi Sabah untuk bertanding, mencetuskan harapan untuk BN menerajui semula negeri itu.

PN pimpinan Bersatu pula bertanding 29 kerusi manakala PBS tidak bersekutu diberi 10 kerusi.

Tetapi BN tidak mengambil kira strategi Bersatu-PN meletakkan calon “tambahan” di kerusi Umno menyebabkan pertempuran pelbagai penjuru walaupun Bersatu dan Umno adalah sekutu dalam kerajaan.

Akibatnya Umno-BN hanya berjaya memenangi 14 kerusi, lebih tiga kerusi daripada Bersatu. Tetapi Bersatu mempunyai kelebihan kerana strateginya untuk bekerjasama dengan PBS, parti bebas dan parti lain membolehkan mereka mendapatkan 24 kerusi.

PN mampu merampas Sabah bukan sahaja dari Warisan, tetapi juga menghalangnya dari jatuh kepada BN.

Ia kemudiannya mendedahkan “calon tambahan” PN membenarkan mereka memenangi lapan kerusi daripada BN. – 5 November, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen