Larangan jual arak di KL cubaan sekat hak bukan Islam, dakwa Ramasamy


Alfian Z.M. Tahir

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy berkata adalah hak bukan Islam untuk membeli dan minum arak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 November, 2021.

LARANGAN penjualan arak di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina di Kuala Lumpur adalah cubaan licik untuk mengekang hak masyarakat bukan Islam di negara ini, dakwa Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy.

Mengecam Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim, Ramasamy berkata tindakan dilakukan kerajaan itu hanya bertujuan menenangkan hati golongan Melayu, bukannya memikirkan hak masyarakat bukan Islam.

“Shahidan nampak seperti bermoral tinggil dalam cubaan mengekang pengambilan alkohol tetapi ia hanya untuk menyedapkan hati pengundi Melayu-Islam.

“Bukannya semua bukan Islam minum arak, tetapi itu hak mereka sama ada hendak minum atau tidak.

“Hak itu tidak boleh dirampas dengan begitu mudah, hanya untuk Umno dapat markah kerana ambil hati penduduk kawasan Melayu,” kata Ramasamy.

Pada 1 November, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menguatkuasakan larangan jualan arak di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat cina.

DBKL berkata penjualan minuman beralkohol di kedai berkenaan masih dibenarkan dari 7 pagi hingga 9 malam.

Katanya, penjualan arak campuran dan arak tulen yang diluluskan Kementerian Kesihatan bagi tujuan perubatan tradisional boleh dijual di kedai ubat Cina.

Ramasamy berkata beliau yakin tindakan itu akan pasti digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau turut mempersoalkan memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani Pakatan Harapan dan Putrajaya yang bertujuan memberikan kestabilan politik.

“Walaupun sekatan jualan alkohol sudah lama dipertimbangkan DBKL, ia menunggu masa yang sesuai untuk dikuatkuasakan.” – 4 November, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen