SELANGOR terus merekodkan jumlah jangkitan Covid-19 harian tertinggi dengan 1,167 kes dilaporkan semalam, kata Kementerian Kesihatan.
Secara keseluruhan, Lembah Klang yang terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya melaporkan 1,385 kes.
Putrajaya merekodkan 19 kes dan Kuala Lumpur, 199.
Sabah mencatatkan kedua tertinggi dengan 675 kes, diikuti oleh Kelantan (565) dan Sarawak (540).
Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan kes baharu semalam ialah Johor (441), Kedah (381), Melaka (154), Negeri Sembilan (156), Pahang (316), Perak (190), Perlis (27), Pulau Pinang (246), Terengganu (209) dan Labuan (6).
Secara keseluruhan, terdapat 5,291 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah kes keseluruhan negara sebanyak 2.48 juta.
Terdapat 67,160 kes aktif Covid-19 di Malaysia setakat malam tadi.
Kes aktif meningkat di bawah 70,000 sepanjang minggu lalu.
Daripada jumlah yang aktif, 546 pesakit sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 286 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, 51,856 pesakit dikuarantin di rumah manakala 9,008 dimasukkan ke pusat kuarantin berisik rendah dan 5,750 dimasukkan ke hospital. – 4 November, 2021.
Komen