PKPD di kampung Orang Asli di Raub dilanjutkan hingga 18 November


PKPD di Kampung Orang Asli Ruai, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang dilanjutkan hingga 18 November. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 November, 2021.

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Orang Asli Ruai, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang yang dijadualkan tamat esok, dilanjutkan hingga 18 November ini, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Rodzi Md Saad.

“Pelanjutan itu dibuat setelah meneliti analisis Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai risiko dan trend penularan jangkitan Covid-19 semasa di lokaliti itu,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Sementara itu, beliau berkata PKPD di Program Bersepadu Daerah Terpencil (PROSDET) Pantos, Mukim Ulu Jelai di Lipis yang bermula 8 Oktober lepas ditamatkan esok seperti dijadualkan.

Beliau turut memaklumkan tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD hari ini. – Bernama, 3 November, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen