MENTERI Dalam Negeri Peru Luis Barranzuela semalam letak jawatan selepas media melaporkan beliau melanggar peraturan membendung jangkitan Covid-19.
Barranzuela yang belum sebulan dilantik sebagai menteri dalam negeri dilapor mengadakan parti sambutan Halloween di kediamannya di Lima pada Ahad lepas.
Majlis itu diadakan beberapa hari selepas kerajaan mengeluarkan peraturan melarang perhimpunan dan majlis sosial.
Presiden Peru Pedro Castillo menerusi Twitter mengesahkan beliau menerima peletakan jawatan Barranzuela.
Peru yang mempunyai 33 juta penduduk setakat ini mencatat 200,000 kematian akibat Covid-19, kadar kematian per kapita tertinggi di dunia, menurut data rasmi yang diperolehi AFP. – AFP, 3 November, 2021.
Komen