PKPD di Kg Orang Asli Satak, Raub mulai esok


Ketua Pengarah Keselamatan Negara MKN Rodzi Md Saad berkata keputusan untuk melaksanakan PKPD di Kampung Orang Asli Satak di Raub, Pahang dibuat setelah meneliti penilaian risiko Kementerian Kesihatan serta trend jangkitan Covid-19 di situ. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 November, 2021.

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Orang Asli Satak, Mukim Batu di Raub, Pahang bermula esok hingga 16 November.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan. 

“SOP (prosedur operasi standard) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Sementara itu, Rodzi berkata tiada pelanjutan dan penamatan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara, hari ini. – Bernama, 2 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen