LEMBAH Klang menyumbang 1,118 daripada 4,626 kes jangkitan baharu Covid-19, lapor laman web CovidNow.
Daripada jumlah itu, Selangor merekodkan 882 kes manakala Putrajaya 34 kes dan Kuala Lumpur 201.
Dua negeri lain yang merekodkan kes tertinggi adalah Kelantan dengan 461 kes dan Johor dengan 407 kes.
Jumlah pesakit yang dirawat di hospital di Lembah Klang setakat semalam adalah 278 atau 53.8%, Kelantan 101 kes dengan kadar kemasukan ke hospital 79.3% dan Johor 152 kes.
Negeri lain yang turut merekodkan kes baharu Covid-19 adalah Sabah (392 kes), Kuala Lumpur (201 kes), Kedah (326 kes), Pulau Pinang (318 kes), Negeri Sembilan (143 kes), Perak (190 kes), Melaka (184 kes), Pahang (288 kes), Terengganu (269 kes), Putrajaya (34 kes) dan Perlis (46 kes).
Wilayah yang tidak merekodkan kes adalah Labuan.
Setakat semalam, 1,065 pesakit dirawat di hospital dengan penggunaan katil 60% menjadikan jumlah keseluruhan kepada 5,747 individu.
Kini terdapat 67,233 kes aktif di seluruh negara yang mana 301 dirawat di unit rawatan rapi.
Sementara itu 51,835 individu menjalani kuarantin di rumah. – 2 November, 2021.

Komen