MALAYSIA merekodkan 63 kes kematian Covid-19 setakat tengah malam tadi, yang mana kesemuanya adalah kes tertunggak, lapor Kementerian Kesihatan.
Selepas merekodkan kurang 10 kes kematian luar hospital sejak tiga hari lalu, kementerian merekodkan 18 kes berkenaan semalam.
Menurut data GitHub tiada kematian direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kepada 28,913.
Angka kematian harian ialah jumlah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari itu ditambah kes yang baru disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan disebabkan Covid-19 selepas siasatan.
Kes kematian tertinggi direkodkan di Sarawak dengan 20 kes diikuti Sabah (7), Terengganu (6), Johor (6), Kelantan (5), Selangor (5), Pulau Pinang (4), Kuala Lumpur (3) dengan Pahang, Perak dan Perlis masing-masing merekodkan dua kes kematian.
Empat negeri yang tidak merekodkan kes kematian adalah Kedah, Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.
Sejak dua minggu lalu, 21 kes ekmatian Covid-19 dilaporkan per 1 juta orang, dengan kadar kematian pada 1.1%.
Menurut data, kematian melibatkan individu yang belum divaksin 65.8%, menerima dos pertama (22.4%) dan lengkap vaksinasi (11.9%).– 2 November, 2021.
__full.jpg)
Komen