KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 4,979 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, berbanding 5,854 yang direkodkan semalam, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata pertambahan kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kini mencecah angka 2,471,642 sejak negara dilanda pandemik Covid-19 Januari tahun lalu.
Sementara itu, KKM juga hari ini melaporkan sebanyak 95.5% atau 22,348,481 individu dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.
Manakala 97.7% atau 22,866,371 individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, menurut KKM menerusi laman web CovidNow.
Semalam juga, sebanyak 75,874 dos vaksin harian diberikan semalam melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 50,012,681 dos. – 31 Oktober, 2021.
Komen