KANADA pada sidang kemuncak G20 di Rom, Itali semalam berikrar akan menyumbang jutaan lagi dos vaksin Covid-19 kepada negara miskin di seluruh dunia.
Perdana menterinya Justin Trudeau berkata sekurang-kurangnya 200 juta dos akan disumbang melalui fasiliti Covax menjelang akhir tahun depan.
“Daripada jumlah itu 10 juta dos vaksin Moderna akan dihantar segera ke negara membangun,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Chrystia Freeland berkata Kanada juga akan menyumbang AS$15 juta bagi meningkatkan pengeluaran vaksin di Afrika Selatan.
Ogos lalu, syarikat farmasi Moderna yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) umum rancangan untuk membina kilang pengeluaran vaksin di Kanada, yang pertama di luar AS.
Menurut kerajaan Kanada, setakat semalam Covax telah menerima hampir tiga juta daripada 40 juta dos yang dijanjikan, dan penghantaran tambahan dijangka dalam tempoh beberapa hari lagi. – AFP, 31 Oktober, 2021.
Komen