China lapor 59 kes penularan Covid-19


19 kes import baharu turut dicatat termasuk 7 pembawa tidak bergejala. – Gambar AFP, 30 Oktober, 2021.

CHINA melaporkan 59 kes baharu Covid-19 membabitkan penularan tempatan pada Jumaat, menurut laporan harian Suruhanjaya Kesihatan Nasional.

Sebanyak 26 kes dilaporkan di Heilongjiang, 19 di Mongolia Dalam, 11 di Gansu, 2 di Beijing dan 1 di Ningxia, lapor agensi berita Xinhua.

Selain itu, 19 kes import baharu turut dicatatkan termasuk tujuh pembawa tidak bergejala yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut suruhanjaya itu tiada kes baharu kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Jumaat. – Bernama, 30 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen