MALAYSIA mencatatkan 6,060 jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari, kata Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Negara melaporkan kurang 8,000 kes selama 14 hari berturut-turut.
Ketua pengarah kesihatan berkata sehingga kini, Malaysia merekodkan 2,460,809 juta jangkitan Covid-19.
Pecahan kes mengikut negeri akan dikemas kini di laman web CovidNow selepas tengah malam.
Sementara itu, kadar jangkitan negara kekal pada 0.94 sejak tujuh hari lalu.
Statistik terkini menunjukkan negara sudah memberi 74% penduduknya suntikan lengkap.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 berkata seramai 25.4 juta orang, atau 77.9%, sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – 29 Oktober, 2021.
Komen