KKM lapor 95 kematian baharu Covid-19


Aminah Farid

Angka kematian akibat Covid-19 di negara ini kini berjumlah 28,769 orang apabila sebanyak 95 kematian baharu dilaporkan setakat tengah malam semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Oktober, 2021.

MALAYSIA merekodkan 95 kematian baharu Covid-19 setakat tengah malam semalam di mana kesemuanya adalah kes tertunggak, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Menurut data mentah GitHub KKM, daripada jumlah itu 24 diklasifikasikan sebagai meninggal dunia di luar hospital.

Angka kematian negara kini berjumlah 28,769 orang.

Angka kematian harian ialah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari kejadian ditambah kes baharu yang disahkan oleh KKM berpunca dari Covid-19 selepas siasatan dibuat.

Sarawak mendahului senarai kematian sekali lagi dengan 31, diikuti oleh Johor (15), Sabah (11), Perak (9), Kelantan (6), Pahang (5), Pulau Pinang dan Terengganu (4, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur (3), Perlis (2), Kedah dan Selangor (1).

Labuan, Putrajaya dan dan Melaka tidak mencatatkan sebarang kematian.

Malaysia kini mempunyai 71,358 kes aktif Covid-19.

Daripada jumlah ini, 564 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, 299 daripadanya menggunakan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, 55,397 pesakit dikuarantin di rumah, 9,461 di pusat kuarantin berisiko rendah dan 5,936 dimasukkan ke hospital.

Jumlah kes pulih sebanyak 2.35 juta, 6,637 daripadanya dilaporkan semalam. – 29 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen