MEXICO menyaksikan lonjakan 46% dalam kadar kematian apabila koronavirus mendorong peningkatan mendadak dalam angka korban di negara itu, menurut data rasmi semalam.
Terdapat 86 kematian bagi setiap 10,000 penduduk tahun lepas berbanding 59 pada 2019, lapor institute perangkaan INEGI.
Jumlah kematian meningkat kepada 1,086,743 pada 2020 daripada 747,784 pada 2019.
“Peningkatan kematian berdaftar bertepatan dengan permulaan pandemik Covid-19,” kata INEGI.
Covid-19 adalah penyebab kedua dengan 200,256 kematian apabila penyakit jantung merupakan penyebab utama kes di negara itu.
Bandar Mexico yang padat dengan penduduk terjejas teruk oleh wabak itu menyaksikan kadar kematian tertinggi sebanyak 116 bagi setiap 10,000 penduduk.
Negeri tenggara Quintana Roo, mencatatkan kadar kematian terendah dengan 59 kes bagi setiap 10,000 orang.
Negara berpenduduk 126 juta itu mempunyai angka kematian rasmi koronavirus lebih 287,000 – keempat tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat, Brazil dan India dengan kemuncak kematian dilihat semasa gelombang kedua pada 2021. – AFP, 29 Oktober, 2021.
Komen