SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang kontraktor berusia 60 tahun berhubung siasatan rasuah kontrak landasan kereta api di pedalaman Sabah.
Lelaki berkenaan merupakan suspek kelima yang disiasat berhubung dakwaan rasuah bagi kerja pembaikan projek yang tidak wujud antara 2012 hingga 2017.
Suspek yang merupakan kontraktor kedua dalam kes berkenaan, ditahan pada petang Sabtu selepas disoal siasat oleh SPRM.
Dia kini dikenakan perintah reman selama lima hari oleh Majistret Cindy McJuce Balitus dan SPRM bertindak membekukan akaunnya.
Sejumlah wang tunai RM1.6 juta turut dirampas di rumah kontraktor berkenaan selepas SPRM bertindak membuat tangkapan minggu lalu.
Pada 22 Januari lalu, suruhanjaya terbabit menahan pemangku timbalan pengarah Jabatan Kereta Api Sabah berumur 58 tahun, dua jurutera kanan berusia 37 dan 39 tahun dan seroang kontraktor berumur 42 tahun yang mempunyai kaitan ddengan siasatan.
Perintah tahanan reman mereka yang tamat hari ini dilanjutkan selama tiga hari lagi di mahkamah majistret yang sama hari ini.
Suruhanjaya itu mendakwa pihaknya membekukan sekitar RM5.3 juta dalam akaun beberapa bank, manakala SPRM mendapat beberapa kaitan dengan beberapa harta milik suspek. – 28 Januari, 2018.
Komen