6,377 kes jangkitan baharu Covid-19 


Aminah Farid

MALAYSIA merekodkan 6,377 kes jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, meningkat sedikit berbanding kes yang direkodkan semalam 6,148, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Negara merekodkan kurang 8,000 kes untuk 13 hari berturut-turut. 

Pecahan kes mengikut negeri akan dikemaskini di laman web CovidNow selepas tengah malam. 

Sementara itu kadar jangkitan dalam negara kekal pada 094 sejak tujuh hari lalu. 
 
74% penduduk di negara ini telah divaksin sepenuhnya berikutan 147,242 dos vaksin diberikan semalam. 

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19, 25.4 juta orang atau 77.9% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.– 28 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen