94.9% populasi dewasa lengkap divaksinasi


Sebanyak 22,214,490 atau 94.9% kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat malam tadi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Oktober, 2021.

SEBANYAK 22,214,490 atau 94.9% kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow.

Sejumlah 97.6% atau 22,839,280 individu bagi populasi dewasa pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 147,242 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 123,182 suntikan dos lengkap, 18,493 menerima suntikan dos pertama manakala 5,567 menerima dos penggalak (booster) menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 49,581,855.

Jumlah kumulatif bagi penerima dos penggalak kini adalah 152,036.

Setakat semalam juga, sebanyak 1,951,450 atau 62% individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap divaksin manakala 82.4% atau 2,592,048 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – Bernama, 28 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen