KKM lapor 98 kematian baharu Covid-19, semua kes tertunggak


Aminah Farid

MALAYSIA merekodkan 98 kematian baharu Covid-19 setakat tengah malam, kesemuanya adalah kes tertunggak, lapor Kematian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut data mentah GitHub kementerian menunjukkan daripada jumlah itu, 32 diklasifikasikan sebagai meninggal dunia di luar hospital.

Angka kematian negara kini berjumlah 28,674 orang.

Angka kematian harian ialah jumlah yang dilaporkan pada hari kejadian ditambah kes yang baru disahkan oleh KKM berpunca dari Covid-19 selepas siasatan dibuat.

Sarawak mendahului senarai kematian dengan 29 kes, diikuti oleh Perak (11), Kelantan (10), Johor dan Sabah (9 each), Kuala Lumpur (6), Melaka (5), Kedah dan Pahang (4 each), Negeri Sembilan, Pulau Pinang and Terengganu (3), Perlis dan Selangor (1).

Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian.

Kes aktif di Malaysia terus menurun kepada 71,713.

Daripada jumlah ini, 620 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), 292 daripada menggunakan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, 55,371 pesakit dikuarantin di rumah, 9,611 di pusat kuarantin berisiko rendah dan 6,169 dimasukkan ke hospital.

Jumlah kes pulih kini seramai 2.34 juta di mana 7,595 daripadanya dilaporkan semalam. – 28 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen