PAKATAN Harapan (PH) hari ini mengeluarkan Dokumen Strategi Belanjawan 2022, 48 jam sebelum pembentangan belanjawan negara pertama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, menggesa suntikan segera RM45 bilion.
Sebagai blok pembangkang utama, PH berkata dokumen itu akan digunakan sebagai rujukan utama dalam rundingannya dengan kerajaan Ismail Sabri.
Dokumen itu didedahkan di Parlimen oleh Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, diiringi Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Upko Wilfred Madius Tangau.
Dokumen tersebut boleh dimuat turun dari laman Facebook PH.
Menurut PH, cadangan belanjawannya terbahagi kepada tiga bahagian; prospek ekonomi dan imbangan fiskal bagi 2022, cadangan perbelanjaan dan saranan untuk mengukuhkan proses belanjawan dan laporan.
Fiskal
Memandangkan Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan ekonomi lebih kukuh pada 2022, PH berkata ia berharap kerajaan akan mengambil pendekatan pengembangan bukan sahaja untuk memangkin pemulihan tetapi juga membantu isi rumah dan perniagaan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
“Penggabungan fiskal pramatang akan meletakkan pemulihan dalam bahaya. Baki fiskal boleh ditangani sebaik sahaja pemulihan terjamin sepenuhnya dan itu berkemungkinan pada 2023.
“Bagi 2022, adalah penting kerajaan mengutamakan pertumbuhan ekonomi berbanding imbangan fiskal sektor awam. Peningkatan hasil yang dijangka diperoleh, bersama-sama dengan pelan pinjaman yang kukuh, perlu digunakan untuk menyokong ekonomi,” katanya. – 27 Oktober, 2021.
Berita penuh di sini
Komen