JUMLAH kes Covid-19 India meningkat kepada 34,202,202 kes semalam, setelah 12,428 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam lalu di seluruh negara, menurut data terkini kementerian kesihatan.
Jumlah kes baharu yang dicatat dalam sehari itu adalah yang terendah dalam tempoh 238 hari, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Selain itu, 356 kematian akibat pandemik dilaporkan sejak pagi Isnin dengan 281 daripadanya adalah dari negeri selatan Kerala, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 455,068, lapor Xinhua berdasarkan data kementerian kesihatan.
Masih terdapat 163,816 kes aktif Covid-19 di negara itu dengan penurunan sebanyak 3,879 kes aktif sepanjang 24 jam yang lalu.
Setakat ini, sejumlah 33,583,318 pesakit telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital, dengan 15,951 daripadanya dibenarkan keluar dalam tempoh 24 jam yang lalu. – Bernama, 27 Oktober, 2021.
Komen