Satu daripada 10 pegawai kerajaan kaum India atau Cina, kata Putrajaya


Chan Kok Leong Ragananthini Vethasalam

Dalam kalangan warganegara Malaysia, kaum Melayu merupakan kumpulan etnik yang dominan di Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak 63.1%. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Oktober, 2021.

CHINA dan India masing-masing terdiri daripada 6.9% (68.542) dan 4.15% (41.168) daripada hampir sejuta pegawai dalam perkhidmatan kerajaan, kata Dr Abd Latiff Ahmad.

“Sistem maklumat pengurusan sumber manusia (HRMIS) juga menunjukkan 75.95% (754,040) daripada pegawai adalah Melayu manakala Bumiputera Sabah dan Sarawak masing-masing 7.38% (73,265) dan 4.75% (47,116),” katanya.

Ahli Parlimen Mesing itu berkata data itu tidak termasuk mereka yang berkhidmat dalam pasukan polis atau tentera.

“Timbalan menteri itu menjawab soalan M Karupaiya (Padang Serai-PH) mengenai bilangan kaum India yang bekerja di sektor kerajaan.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penduduk (Banci 2011) adalah 28.3 juta daripadanya Bumiputera (67.4%), Cina (24.6%), India (7.3%) dan lain-lain (0.7%).

Dalam kalangan warganegara Malaysia, kaum Melayu merupakan kumpulan etnik yang dominan di Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak 63.1%.

Latiff berkata proses pengambilan pekerja kerajaan dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan berdasarkan merit dan kecekapan.

Tambahnya tiada kuota kaum atau agama bagi pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam.

Sementara itu hanya 2.5% atau 395 pemohon India diterima masuk ke perkhidmatan kerajaan tahun lepas.

Ini adalah 47,836 daripada permohonan pada 2020, kata Latiff.

Jumlah permohonan tahun lepas ialah 1,703,896.

Pada 2019, hanya 2.2% atau 375 daripada 46,579 pemohon India layak dalam perkhidmatan kerajaan, tambahnya.

“Jumlah keseluruhan warga India yang diambil bekerja antara 2016 hingga 2020 ialah 2,224 (2.6%) daripada 86,128 pemohon,” kata timbalan menteri itu.

Antara punca pemohon tidak dapat diambil ialah calon tidak memenuhi syarat minimum jawatan (Gred 11-19), calon tidak mempunyai kelayakan akademik yang sesuai untuk Gred 29-41 dan gagal dalam peperiksaan perkhidmatan awam. – 26 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen