20% dari 4,782 kes baharu Covid-19 dikesan di Lembah Klang


Ravin Palanisamy

Lembah Klang terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menyumbang 945 kes jangkitan baharu Covid-19 atau 20% dari keseluruhan kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Oktober, 2021.

MALAYSIA mencatatkan 4,782 kes Covid-19 semalam di mana Lembah Klang terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menyumbang 945 kes jangkitan atau 20% dari keseluruhan kes.

Menurut data mentah GitHub Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor melaporkan 756 kes, Kuala Lumpur (176) dan Putrajaya (13).

Selangor menyumbang kes paling banyak semalam diikuti Kelantan dengan 596 kes dan Johor 504 kes.

Negeri lain yang melaporkan kes baharu ialah Sarawak (493), Sabah (450), Kedah (333), Terengganu (298), Perak (294), Pulau Pinang (271), Pahang (256), Melaka (177), Negeri Sembilan (145), dan Perlis (20). 

Labuan tidak melaporkan sebarang kes berkaitan koronavirus semalam.

Daripada 4,782 kes, 98% atau 4,696 kes berada dalam kategori asimtomatik dan kategori simptomatik ringan iaitu 1 dan 2 manakala hanya 2% atau 96 kes berada dalam kategori leih serius iaitu 3, 4 dan 5.

Daripada kes yang dilaporkan semalam, hanya 1,248 kes dimasukkan ke hospital.

Dalam tujuh hari yang lalu, kemasukan ke hospital menurun sebanyak 24%. Purata kemasukan tujuh hari ialah 1,356 dengan penggunaan katil pada 65%.

Walaupun Selangor mencatatkan paling banyak kes semalam, negeri itu juga melaporkan penurunan 24% dalam kemasukan ke hospital sejak tujuh hari lalu.

Secara purata, sepanjang minggu lalu Selangor mencatatkan 298 kemasukan ke hospital manakala penggunaan katil pada 62%.

Satu kemasukan baharu Covid-19 di Labuan sejak tujuh hari lalu menyaksikan kadar kemasukan ke hospital di wilayah itu melonjak kepada 100%, tertinggi berbanding negeri lain. Pada purata tujuh hari, negeri ini mempunyai kadar penghunian katil sebanyak 61%.

Sementara itu kes aktif di negara ini menurun kepada 73,223 dengan 7,414 kes pulih.

Antara kes aktif, 56,634 (77.3%) pesakit dikuarantin di rumah; 9,753 (13.3%) di pusat kuarantin berisiko rendah dan 6,234 (8.5%) dimasukkan ke hospital.

Pesakit di unit rawatan rapi (ICU) juga menurun kepada 602 di mana 300 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 26 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen