KKM lapor 46 kematian Covid-19


Ravin Palanisamy

Jumlah kematian Covid-19 di negara ini sebanyak 28,400 apabila sebanyak 46 kes tertunggak dilaporkan semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Oktober, 2021.

MALAYSIA melaporkan 46 kematian akibat Covid-19 setakat tengah malam semalam menjadikan jumlah kematian di negara ini sebanyak 28,400, kata Kementerian Kesihatan.

Menurut sumber data GitHub KKM, kesemua kematian yang dilaporkan adalah kes tertunggak kerana tidak ada sebarang kematian dicatatkan semalam.

Sementara itu sebanyak 12 daripada 46 kematian diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital menjadikan jumlah kematian dalam kategori ini sebanyak 5,740. 

Angka kematian harian adalah jumlah keseluruhan kematian yang dilaporkan pada hari itu dan kes yang baru disahkan oleh KKM disebabkan oleh Covid-19 selepas siasatan dibuat.

Sarawak dan Kedah melaporkan jumlah kematian terbanyak dengan masing-masing lapan kematian.

Selama 14 hari terakhir, Malaysia mencatat 716 kematian dengan 151 dilapor di Sarawak.

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kematian adalah Perak (6), Johor (5), Sabah, Selangor dan Terengganu (masing-masing 4), Pulau Pinang (3), Kelantan dan Negeri Sembilan (masing-masing 2).

Tidak ada kematian berkaitan koronavirus di Melaka, Pahang, Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 18 kematian yang dilaporkan di Negeri Sembilan dalam tempoh 14 hari terakhir meningkatkan trend kematian di negeri ini sebanyak 180%.

Bagi kematian di luar hospital, Sabah mempunyai tiga, Selangor, Kedah, Pulau Pinang (masing-masing 2), Negri Sembilan, Sarawak dan Terengganu (masing-masing 1). – 25 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen