5,666 kes baharu Covid-19, kadar jangkitan 0.87


Aminah Farid

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes Covid-19 meningkat kepada 2,431,716 setakat 12 tengah hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Oktober 2021.

MALAYSIA mencatatkan 5,666 jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 kepada 2,431,716 setakat 12 tengah hari ini.

Negara melaporkan kurang 8,000 kes dalam tempoh 10 hari berturut-turut.

Pecahan kes mengikut negeri akan dikemas kini di laman web CovidNow tengah malam ini.

Sementara itu, kadar jangkitan (Rt) negara adalah pada 0.87 sejak tujuh hari lalu, menunjukkan penularan Covid-19 semakin berkurangan.

Sebanyak 72.4% penduduk Malaysia lengkap divaksin Covid-19 selepas 157,999 dos vaksin diberikan semalam. 

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), 25.3 juta orang atau 77.3% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin itu. – 24 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen