Maraton Wuhan ditunda selepas lonjakan Covid-19 di China


Penganjur Maraton Wuhan 2021 berkata mereka akan tanggah acara pada Ahad bagi mencegah risiko penularan. – Gambar AFP, 24 Oktober, 2021.

Maraton Wuhan yang sepatutnya berlangsung pada Ahad telah ditunda dalam waktu singkat kerana kebimbangan meningkat mengenai lonjakan koronavirus di China menjelang Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

China melaporkan 26 kes baharu Covid-19 pada Ahad, dalam pandemik yang menjadi ujian terbaharu pendekatan sifar kes negara komunis itu dengan hanya lebih kurang 100 hari sehingga temasya bermula.

Pihak berkuasa bertungkus lumus mengekang jangkitan virus melalui ujian besar-besaran penduduk dan sekatan bersasar.

Namun dengan meningkatnya kes, penganjur Maraton Wuhan berkata mereka akan tanggah acara pada Ahad bagi mencegah risiko penularan.

Acara itu dijangka disertai 26,000 peserta, mengambil bahagian dalam perlumbaan termasuk maraton penuh dan maraton separuh, di bandar tempat koronavirus pertama kali dikenal pasti pada akhir 2019, lapor media pemerintah.

Jawatankuasa penganjur berkata memulangkan yuran pendaftaran peserta yang telah mendaftar.

China pernah mengekang jangkitan dengan melancarkan ujian besar-besaran yang agresif dan mengawal ketat sempadannya.

Masih tidak jelas adakah maraton Beijing edisi ke-40 pada Ahad akan berjalan seperti yang dirancang. Penganjur tidak segera menjawab ketika dihubungi oleh AFP.

Beijing pada Rabu akan menandakan 100 hari lagi sebelum Sukan Olimpik Musim Sejuk yang bermula 4 Februari, dengan penganjur mengakui awal bulan ini mereka “menghadapi tekanan hebat” kerana Covid-19.

Sukan itu boleh menjadi acara sukan besar-besaran yang paling ketat sejak pandemik bermula, tanpa penonton antarabangsa yang diizinkan dan mandat vaksin bagi siapa pun yang memasuki “gelembung” ketat.

Atlet wajib divaksan atau menghadapi dikuarantin 21 hari semasa masuk ke China.

Menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk, Beijing telah mula menawarkan suntikan penggalak Covid-10 kepada penduduk.

Penularan terbaharu dikaitkan dengan pasangan warga emas yang berada dalam sekumpulan pelancong.

Mereka datang dari Shanghai sebelum terbang ke Xi’an, wilayah Gansu dan Mongolia Dalam. – AFP, 24 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen