MALAYSIA melaporkan 5,828 kes baharu Covid-19 setakat tengahari tadi, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Negara melaporkan kes harian bawah 10,000 selama 20 hari berturut-turut.
Jumlah kes terkumpul sejak wabak mula meledak Mac tahun lepas, setakat 12 tengahari tadi adalah 2,426,050.
Pecahan kes mengikut negeri akan dikemas kini di laman web CovidNow selepas tengah mala mini.
Sejak tujuh hari lalu, negara menyaksikan penurunan kemasukan ke hospital kerana Covid-19 sebanyak 14%. Purata kemasukan tujuh hari adalah 1,458 kes dengan peratusan penggunaan katil pada kadar 68%.
Nilai R-naught juga menurun bawah 1.00 iaitu 0.87 yang bermakna kadar kebolehjangkitan virus semakin berkurangan.
Tetapi, Kuala Lumpur masih merekodkan nilai R-naught melebihi 1.00.
Sementara itu, 72.2% populasi penduduk Malaysia sudah menerima vaksinasi penuh, selepas 157,999 lagi dos vaksin berjaya disuntik semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 berkata seramai 25.3 juta atau 77.6% penduduk Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – 23 Oktober, 2021.
Komen