94.4% populasi dewasa lengkap divaksin, lapor KKM


Sebanyak 22,803,407 individu di Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Oktober, 2021.

SERAMAI 22,109,534 individu atau 94.4% daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan menerusi portal CovidNow, sebanyak 97.4% atau 22,803,407 individu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 157,999 dos vaksin harian diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 48,831,214 dos. 

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 1,456,265 atau 46.3% sudah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 80.8% atau 2,540,794 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September lepas. – Bernama, 23 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen