MALAYSIA merekodkan 6,630 kes jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Negara merekodkan kes bawah 10,000 untuk 20 hari berturut-turut. Kali terakhir jumlah kes melebihi angka berkenaan direkodkan pada 2 Oktober iaitu 10,915 kes jangkitan.
Jumlah keseluruhan kes Covid-19 direkodkan sebanyak 2,420,222 setakat 12 tengah hari ini.
Pecahan kes mengikut negeri akan dikemas kini di laman web CovidNow selepas tengah malam.
Sementara itu, 23,451,810 orang atau 71.8% daripada penduduk di negara ini melengkapkan vaksinasi Covid-19, kata Kementerian Kesihatan.
Menurut laman CovidNow Kementerian Kesihatan, 235,607 dos vaksin diberikan semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Daripada jumlah dos vaksin yang diberikan semalam, 30,198 daripadanya merupakan dos pertama manakala 186,362 individu melengkapkan dos kedua. Sebanyak 19,047 dos penggalak turut diberikan. – 22 Oktober, 2021.
Komen