MALAYSIA mencatat 6,210 jangkitan baharu Covid-19 pada tengah hari ini, selepas tiga hari mencatat kurang 6,000 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 2,413,592 pada malam tadi.
Pecahan kes mengikut negeri akan dikemas kini di laman web CovidNow selepas tengah malam.
Sementara itu, negara sudah memberi vaksinasi lengkap kepada 71.2% penduduknya selepas 256,497 dos dikeluarkan semalam.
Menurut jawatankuasa khas untuk memastikan akses kepada bekalan vaksin Covid-19, sebanyak 77.4% kini sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Malaysia berhasrat untuk menyuntik sepenuhnya 80% penduduk pada 17 Disember. – 21 Oktober, 2021.
Komen