KKM rekod 76 kes kematian Covid-19 


Kementerian Kesihatan merekodkan 76 kes kematian Covid-19 yang mana kesemuanya adalah kes tertunggak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Oktober, 2021.

MALAYSIA merekodkan 76 kes kematian Covid-19 setakat tengah malam tadi, lapor Kementerian Kesihatan. 

Data daripada Git.hub Kementerian Kesihatan menunjukkan kes kematian yang direkodkan adalah kes tertunggak, bermakna tiada kematian berlaku semalam. 

Daripada jumlah itu, 14 kes diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital. 

Angka kematian berkenaan adalah jumlah keseluruhan kes kematian yang dilaporkan pada hari itu ditambah dengan kes yang baharu disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan berpunca daripada Covid-19 selepas siasatan. 

Jumlah kes kematian baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia kepada 28,138. 

Sarawak merekodkan kes kematian tertinggi dengan 12 kes, diikuti Johor (11) dan Sabah (10). 

Negeri lain dan wilayah persekutuan yang merekodkan kes kematian berkait virus berkenaan adalah Kedah (9), Kelantan (3), Melaka (2), Pahang (4), Perak (5), Pulau Pinang (8), Selangor (6), Terengganu (4) dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Perlis. 

Tiada kes kematian dilaporkan di Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.

Jumlah kes aktif di Malaysia terus mencatatkan penurunan kepada 81,955. 

Daripada jumlah ini, 666 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 329 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Sementara itu, 62,857 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 11,966 di pusat kuarantin berisiko rendah dan 6,466 di hospital. 

Jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 2.29 juta yang mana 9,401 dilaporkan semalam. – 21 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen