MALAYSIA mencatat 9,401 kes pulih Covid-19 berbanding 5,516 jangkitan baharu setakat hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Negara ini secara konsisten melaporkan lebih banyak kes pulih Covid-19 daripada jangkitan baharu selama lebih sebulan.
Sehingga kini seramai 2,297,289 pesakit pulih dari Covid-19.
Sementara itu Noor Hisham berkata ketika ini terdapat 669 pesakit di unit rawatan rapi (ICU).
Daripada jumlah itu, 572 kes Covid-19 sementara 97 kes disyaki dan kemungkinan disiasat.
Katanya, 333 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan di mana 92 orang disyaki dan kemungkinan kes disiasat.
Sementara itu Noor Hisham berkata sebilangsan besar kes hari ini atau 5,414 termasuk dalam Kategori 1 (asimtomatik) dan 2 (sedikit simptomatik) sementara 102 berada dalam kategori jangkitan lebih teruk.
Beliau juga melaporkan empat kluster jangkitan baharu, tiga di antaranya melibatkan tempat kerja dan satu di institusi pendidikan.
Kluster hari ini menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini sebanyak 614. – 20 Oktober, 2021.
Komen