Kes Covid-19 bawah 6,000 tiga hari berturut-turut


Aminah Farid

Malaysia hari ini melaporkan sebanyak 5,516 kes baharu, menjadikan hari ini hari ketiga berturut-turut negara maleporkan jangkitan harian bawah 6,000. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Oktober, 2021.

JUMLAH jangkitan harian Covid-19 negara berada di bawah 6,000 kes buat hari ketiga berturut-turut, dengan 5,516 kes baharu dilaporkan tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah harian ini menjadikan beban kes kini sebanyak 2,407,382 setakat tengah malam tadi.

Pecahan kes mengikut negeri akan dikemas kini di laman web CovidNow selepas tengah malam.

Dalam perkembangan lain, 70.6 peratus penduduk telah lengkap divaksinasi selepas 134,684 dos diberikan setakat semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sejumlah 25.3 juta orang atau 77.3 peratus kini telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Malaysia sasar suntik 80 peratus penduduk menjelang 16 Disember. – 20 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen