Kurang saringan punca kes Covid-19 menurun di Sarawak, kata DAP


Kes jangkitan baharu Covid-19 menurun di Sarawak kerana ujian saringan tidak dijalankan terhadap kontak rapat yang tidak bergejala, kata DAP. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Oktober, 2021.

KES jangkitan baharu Covid-19 menurun di Sarawak disebabkan pihak berkuasa negeri dan persekutuan sejak bulan lalu enggan menjalankan ujian sarangan terhadap kontak rapat yang tidak bergejala, kata Pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen.

Ahli Parlimen Stampin itu berkata itu satu-satunya sebab mengapa berlaku pengurangan jangkitan harian sejak beberapa minggu lalu.

Chong berkata keadaan itu adalah strategi yang meletakkan nyawa semua orang dalam bahaya.

Sarawak melaporkan 1,061 kes pada 14 Oktober, dan 1,009 keesokan harinya, diikuti 1,055 esoknya.

Dari 17 Oktober hingga semalam, kes jangkitan harian turun bawah 1,000 kes kepada 730 pada Ahad, 694 (Isnin) dan semalam 749. – 20 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen