China mula tawar dos penggalak vaksin Covid-19


Lebih satu bilion penduduk China telah melengkapkan vaksinasi setakat September lalu. – Gambar AFP, 20 Oktober, 2021.

BEIJING mula menawarkan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 sebagai persediaan awal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk pada Februari tahun depan, lapor media tempatan hari ini.

Temasya sukan itu akan dianjurkan dengan peraturan ketat di mana atlet bertanding dalam ‘stadium tertutup’ dan hanya penonton China dibenarkan menonton.

Atlet juga perlu divaksin atau dikuarantin selama 21 hari sebelum memasuki China.

Lebih satu bilion atau lebih 78% populasi China telah melengkapkan vaksinasi setakat September lalu, menurut data dikeluarkan Suruhanjaya Kesihatan Nasional.

Pakar kesihatan China berkata kira-kira 85% populasi negera itu perlu lengkap vaksinasi untuk mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.

China mengumumkan program dos penggalak di sekurang-kurangnya 10 wilayahnya sejak beberapa minggu lalu, termasuk Fujian dan Xinjiang, di mana jangkitan tempatan dikesan bulan lalu. – AFP, 20 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen