70.6% penduduk diberi vaksin Covid-19, kata JKJAV 


SEBANYAK 70.6% penduduk Malaysia diberikan vaksin Covid-19 selepas 134,684 dos vaksin diberikan semalam. 

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), 25,256,025 juta orang atau 77.3% menerima sekurang-kurangnya satu dos. 

Sementara itu, 79.1% remaja menerima satu dos vaksin semalam, manakala 33% telah divaksin sepenuhnya. 

Laman web CovidNow Kementerian Kesihatan menganggarkan 80% daripada jumlah penduduk di negara ini akan melengkapkan vaksinasi menjelang 16 Disember.

94% populasi dewasa turut divaksin. 

Malaysia telah memberikan lebih 48.18 juta dos vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.– 20 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen