Tiada pas kesihatan Covid-19, elaun senator Itali dipotong 10 hari


Senator Laura Granato dilarang memasuki bangunan Senat selepas gagal menunjukkan Pas Hijau Covid-19.– Gambar AFP, 20 Oktober, 2021.

SEORANG senator Itali semalam digantung kehadiran selama sepuluh hari selepas memasuki bangunan Senat tanpa pas kesihatan atau Pas Hijau Covid-19, yang diwajibkan di semua tempat kerja.

Elaun Senator Laura Granato, 51, juga akan dipotong sepanjang penggantungan itu.

Granato dilaporkan enggan menunjukkan Pas Hijau bagi membuktikan beliau sudah menerima dua dos vaksin, atau negatif ujian Covid-19 atau sembuh dari jangkitan.

Sejak Jumaat lalu kerajaan menwajbkan pas itu di semua bangunan pejabat awam dan swasta, sebagai usaha untuk meningkatkan kadar vaksinasi di negara itu.

Hampir 86% penduduk Itali berusia 12 tahun ke atas menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, sementera lebih tiga juta pekerja dipercayai masih belum mendapatkan suntikan.

Mereka yang belum disuntik vaksin dikehendaki menanggung kos ujian Covid-19 atau tidak akan dibayar gaji.  β€“ AFP, 20 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen