8,435 kes sembuh hari ini, kata KP kesihatan


Jumlah pesakit sembuh Covid-19 terus mengatasi kes baharu masuk hari ke-30 berturut-turut hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Oktober, 2021.

JUMLAH pesakit sembuh Covid-19 terus mengatasi kes baharu masuk hari ke-30 berturut-turut hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata sebanyak 8,435 kes pulih dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu, berbanding 5,434 kes baharu.
 
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini mencecah 2.28 juta, katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, seramai 682 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 60 adalah kes disyaki dan dalam siasatan.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 97.2 atau 5,283 kes baharu hari ini terdiri daripada kategori 1 (tidak bergejala) dan 2 (bergejala ringan). 

Manakala 151 kes (2.8%) adalah kategori 3, 4, dan 5, katanya.

Beliau juga berkata 15 kluster baharu telah dikesan, menjadikan jumlah kluster aktif kini 656. – 18 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen