SEBANYAK 5,434 kes baru Covid-19 dicatatkan setakat tengah hari tadi, angka terendah direkodkan sejak Jun, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Malaysia mencatat 5,218 kes pada 28 Jun lalu.
Dr Noor Hisham menerusi Twitter memaklumkan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara kini 2,396,121 kes.
Pecahan kes mengikut negeri akan dikemas kini di laman web CovidNow selepas tengah malam ini.
Sementara itu, jumlah populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin Covid-19 kini mencecah 21,960,911 orang atau 93.8% semalam, menurut data KKM di portal CovidNow.
Setakat semalam juga sebanyak 97.2% populasi dewasa atau 22,745,310 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 47,838,886 dos vaksin telah diberi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilancar sejak 24 Februari. – 18 Oktober, 2021.
Komen