KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 63 kematian baharu Covid-19 malam tadi, yang menjadikan jumlah kematian koronavirus sebanyak 27,921.
Kesemua 63 kes adalah tunggakan dan tiada kematian berlaku semalam.
Menurut data kementerian daripada Git.hub, sebanyak 11 kes adalah kematian di luar hospital.
KKM memperoleh angka harian daripada jumlah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari tertentu, termasuk kes tunggakan yang hanya disahkan oleh pihak kesihatan selepas selesai siasatan klinikal mereka.
Sarawak melaporkan kematian tertinggi dengan 13 kes diikuti Johor sebanyak 9 kes.
Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan kematian baharu adalah, Kelantan (2), Pahang (2), Perlis (2), Kelantan (14), Pulau Pinang (4), Sabah (7), Kedah (4), Melaka (4) , Negeri Sembilan (1), Selangor (6), Perak (5), Kuala Lumpur (3) dan Terengganu (1).
Tiada kematian akibat koronavirus yang dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.
Purata bagi setiap sejuta penduduk di negara ini adalah 26.3 kematian dengan Perlis paling tinggi sebanyak 82.4 kematian bagi setiap sejuta orang. – 18 Oktober, 2021.
Komen