BEKAS gabenor bank pusat Iran dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada Sabtu kerana kerugian AS$160 juta dan 20 juta euro dalam perdagangan mata wang asing.
Valiollah Seif, yang mengetuai pihak berkuasa kewangan antara 2013 dan 2018, adalah gabenor bank pusat Iran pertama yang pernah didakwa.
Bagaimanapun, Seif, 69, masih bebas sementara menunggu rayuan.
Laman web kehakiman berkata beliau berulang kali melanggar undang-undang bersama timbalannya, Ahmad Araghchi, yang dijatuhi hukuman penjara lapan tahun.
Tokoh kanan ketiga di bank pusat, Rassoul Sajad, menerima hukuman 13 tahun penjara kerana perdagangan mata wang asing secara haram dan mengambil rasuah. – AFP, 18 Oktober, 2021.
Komen