6,145 kes baharu Covid-19, terendah sejak 4 Julai


Ravin Palanisamy

Malaysia secara konsisten melaporkan kurang daripada 10,000 kes harian sejak 15 hari lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Oktober, 2021.

MALAYSIA melaporkan 6,145 kes baharu Covid-19 hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah itu adalah yang terendah dalam tempoh 104 hari, apabila 6.045 kes dilaporkan pada 4 Julai lepas.

Malaysia secara konsisten melaporkan kurang daripada 10,000 kes harian sejak 15 hari lalu. Kali terakhir pada 2 Oktober dengan 10,915 kes.

Data terbaru menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak wabak mula meledak di negara ini kepada 2,390,687.

Pecahan kes mengikut negeri akan dikemaskini di laman web CovidNow selepas tengah malam ini.

Sementara itu, sejumlah 22,146,626 orang atau 67.8% populasi di Malaysia sudah menerima vaksin penuh di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan.

Data terkini menunjukkan yang 24.71 juta atau 75.7% sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

1.73 juta atau 55.1% remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun juga sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, 716,332 (22.8%) lagi sudah divaksin penuh.

Bagi populasi dewasa, 21.43 juta (91.5%) kini sudah divaksin penuh.

Malaysia menyuntik 46,761,751 dos vaksin Covid-19 sejak program imunisasi nasional bermula 24 Februari lalu. – 17 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen