SELANGOR dan Sarawak masih menjadi dua negeri yang melaporkan lebih 1,000 kes baharu Covid-19 semalam.
Selangor melaporkan 1,163 kes dan Sarawak 1,009 kes, berdasarkan data laman web CovidNow.
Jumlah kes Covid-19 di Malaysia pada masa ini ialah 2.37 juta.
Negeri lain yang melaporkan kes jangkitan baharu ialah Johor (787), Kedah (428), Kelantan (838), Malacca (289), Negeri Sembilan (199), Pahang (356), Perak (302), Perlis (54), Pulau Pinang (539), Sabah (720), Terengganu (426), Putrajaya (39), Kuala Lumpur (265) dan Labuan (6).
Kes aktif di Malaysia juga turun ke paras bawah 100,000 iaitu 97,505.
Daripada jumlah itu, 703 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 366 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, 75,068 menjalani kuarantin kendiri di rumah, 14,537 di pusat kuarantin berisiko rendah dan 7,197 dirawat di hospital.
Jumlah kes pulih setakat ini 2.25 juta pesakit dengan 11,413 dilaporkan semalam. – 16 Oktober, 2021.
Komen