Kuarantin wajib dikurang kepada 7 hari individu lengkap vaksinasi


TEMPOH kuarantin wajib dikurangkan kepada tujuh hari bagi individu lengkap vaksinasi untuk masuk ke negara ini bagi mereka yang kontak rapat dengan kes positif Covid-19. 

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara ini dengan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara untuk beberapa negeri. 

Kedua-duanya berkuat kuasa Isnin ini (18 Oktober).

Kuarantin wajib selama 10 hari pada masa ini diperlukan bagi mereka yang memasuki negara ini dan untuk kontak rapat.

Tempoh 10 hari masih diperlukan untuk pelancong yang pulang dan kontak rapat yang lengkap vaksinasi atau hanya sebahagiannya, kata Ismail Sabri.

Bermula Isnin, pengembara yang lengkap vaksinasi boleh menjalani kuarntin wajib di rumah, sekiranya bersesuaian. 

Namun pengembara yang masih tidak melengkapkan vaksinasi perlu menjalani kuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan selama 10 hari. 

Bagi kontak rapat yang masih tidak lengkap vaksinasi boleh menjalani kuarantin di rumah dan perlu menjalaninya selama 10 hari. – 15 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen