MALAYSIA merekodkan 11,413 kes sembuh Covid-19 berbanding 7,420 kes jangkitan baharu setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Negara merekodkan lebih banyak kes sembuh Covid-19 berbanding kes jangkitan baharu untuk 29 hari berturut-turut.
Kini 2,251,758 orang pulih daripada kes Covid-19.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata kemasukan ke ICU merekodkan penurunan dengan 700 pesakit berbanding 762 pada Isnin.
Daripada jumlah itu, 635 kes Covid-19, 65 adalah kes yang disyaki dan kemungkinan kes di bawah siasatan.
Beliau berkata 364 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan yang mana 68 adalah kes disyaki dan kemungkinan kes masih di bawah siasatan.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata majoriti kes yang direkodkan hari ini 7,312 adalah dalam kategori 1 (tidak bergejala) dan 2 (bergejala ringan) manakala 108 adalah kategori kes jangkitan yang lebih teruk.
Beliau juga berkata 13 kluster jangkitan baharu turut direkodkan yang mana sembilam melibatkan tempat kerja, tiga penularan komuniti dan satu dari institusi pendidikan.
Kluster yang direkodkan hari ini menjadikan jumlah kluster seluruh negara kepada 721. – 15 Oktober, 2021.

Komen