Najib pula mohon pasportnya dipulangkan sementara


Alfian Z.M. Tahir

Bekas perdana menteri Najib Razak fail rayuan di mahkamah memohon pasport antarabangsa miliknya dipulangkan sementara untuk ke Singapura. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2021.

BEKAS perdana menteri Najib Razak memfailkan rayuan di mahkamah memohon pasport antarabangsa miliknya dipulangkan sementara, kata peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Shafee yang mewakili Najib memfailkan rayuan itu di Mahkamah Rayuan dan kes akan didengar pada Isnin.

“Kami akan membuat rayuan di mahkamah pada Isnin bagi membolehkan pasportnya dipulangkan supaya beliau dapat ke Singapura,” kata Shafee kepada The Malaysian Insight.

Difahamkan Najib akan menemani isterinya, Rosmah Mansor yang akan ke Singapura untuk berada bersama anak perempuan mereka yang dijangka melahirkan anak kedua di republik itu.

Awal hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan pasport Rosmah dipulangkan sementara untuk membolehkan beliau ke Singapura. – 15 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen