PUTRAJAYA sedang mengkaji untuk membenarkan pekerja asing mengisi sektor ekonomi tertentu yang mengalami kekurangan tenaga kerja, kata Muhyiddin Yassin.
Ketua Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata, ia untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja terutama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Dari segi pekerja, kita harus tahu sektor mana, berapa pekerja yang diperlukan dan bagaimana mengatasi kekurangan itu?
“Sama ada latihan disediakan untuk rakyat Malaysia bagi mengisi sektor tersebut atau kita membawa masuk pekerja asing yang memenuhi semua syarat kesihatan.
“Antara yang paling terjejas adalah sektor perladangan,” kata Muhyiddin selepas mempengerusikan mesyuarat MPN di Lanai Kijang di Kuala Lumpur.
Menteri Sumber Manusia M Saravanan sebelum ini berkata beliau akan membiarkan Kabinet memutuskan soal pengambilan pekerja asing.
Pengumuman Muhyiddin hari ini dibuat selepas Putrajaya berkata pada 19 September yang ia akan melanjutkan pembekuan pekerja asing, termasuk pembantu rumah hingga akhir tahun ini. – 15 Oktober, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen