Dapur amal susah tolong gelandangan sebab gangguan air


Noel Achariam Elill Easwaran

Pengasas Beyond Borders Mahi Ramakrishnan berkata buat tiga hari mendatang mereka cuma dapat sediakan 200 makanan sahaja berbanding 1,800 ketika waktu biasa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Oktober, 2021.

TIGA dapur amal yang biasanya menyediakan 1,800 makanan kepada gelandangan di Kuala Lumpur dari Khamis hingga Sabtu tidak akan dapat lagi berbuat demikian kerana gangguan bekalan air yang kini melanda Lembah Klang.

Pengendali memberitahu Malaysian Insight dengan sumber daya yang terhad, mereka mungkin cuma dapat sediakan makanan kepada 200 orang sahaja.

Perkara ini terjadi kerana mereka susah dapatkan bekalan air yang cukup untuk memasak makanan, katanya.

Pengasas Beyond Borders Mahi Ramakrishnan berkata buat tiga hari mendatang mereka cuma dapat sediakan 200 makanan sahaja berbanding 1,800 ketika waktu biasa.

Beliau berkata setakat ini 120 makanan sudah siap manakala lagi 80 bungkus masih tidak dapat disediakan lagi.

“Cef di Da Men Mall berkata beliau cuma dapat tolong sediakan 120 makanan kerana beliau sendiri risau jika pemotongan air mengganggu tempatnya dan tidak dapat melayani pelanggannya.

“Penyumbang lain, Ganga Cafe, yang menyediakan 100 makanan, tidak dapat beri komitmen kerana mereka juga bimbang simpanan air mereka akan habis,” katanya.

Mahi berkata tujuan mereka adalah untuk sediakan 300 makanan, tetapi tidak mencukupi untuk semua gelandangan.

“Saya risau mereka mungkin lapar sebab kami tidak dapat sediakan.”

Tiga dapur amal yang lain adalah Beyond Borders, Pertubuhan Kesihatan Dan Kebajikan Umum Malaysia (PPKUM) dan The Community Hub.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata bekalan air dijangka beroperasi semula secara berperingkat mulai pukul 5 petang esok.

Ketua komunikasi korporatnya Elina Baseri berkata kerja penyelenggaraan aset kritikal itu sepatutnya siap semalam.

Katanya tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas berbeza-beza bergantung pada jarak tempat pengguna dan tekanan air di sistem pengedaran.

Elina berkata, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada Sabtu pukul 9 malam.

Mahi berkata sejak laporan berita itu, mereka berusaha dapatkan bekalan air untuk pastikan makanan dapat disediakan buat para gelandangan.

“Para sukarelawan kami hubungi saya, cakap mereka tidak dapat masak pada hari Khamis kerana gangguan air.

“Jadi, kami perlu cepat dapatkan sumber air melalui cara lain.”

Mahi berkata sukarelawan mereka juga perlu buat penyesuaian seperti mengangkut peralatan memasak ke lokasi di mana terdapat air untuk memasak.

“Sukarelawan ini bekerja keras buat kerja pejabat, jaga keluarga, dan memasak.

“Ini sebenarnya tidak mudah tetapi ini adalah wanita yang akan menolong orang yang memerlukan tanpa mengira apa jenis halangan.” – 13 Oktober, 2021.

 

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen