SEBANYAK 103 kes kematian Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi, dengan semuanya adalah kes tertunggak, bermakna tiada kematian direkodkan semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut data KKM, sebanyak 26 kes dilaporkan adalah kematian di rumah.
Dengan angka terbaru itu, jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 di negara ini ialah 27,525.
Sarawak merekodkan 26 kematian diikuti Johor 15 kes.
Negeri lain melaporkan kematian ialah Sabah dan Selangor masing-masing 13, Kelantan (11), Perak (9), Pulau Pinang (7) Kedah (6) dan Negeri Sembilan, Perlis dan Kuala Lumpur (1).
Tiada kematian dilaporkan di Melaka, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.
Sebanyak 108,997 kes aktif Covid-19 di Malaysia setakat malam tadi. Daripada jumlah itu, 722 pesakit di unit rawatan rapi dengan 386 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, 85,383 pesakit menjalani kuarantin kendiri di rumah, 15,387 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah sementara 7,505 dirawat di hospital.
Sebanyak 10,555 kes pulih dilaporkan setakat tengah malam semalam, dengan jumlah pesakit pulih 2,217,057. – 13 Oktober, 2021.
Komen